Assalamu'alaikum warahmatullah,
Hari ini saya telah berjaya lagi menambah simpanan 1 Dinar!!
Kali ini saya membeli 1 dinar yang menggunakan design Dinar Muslim iaitu imej masjid dan kalimah Syahadah "Laailaaha Illal Laah Muhammadur Rasuulullah" di bahagian tengah dikelilingi oleh ayat Quran dari surah Al-Mu'minun: 52.
Jika ada yang berminat, boleh order melalui saya. Sekarang ianya dijual pada harga promosi!! Harga ketika entri ini ditulis adalah RM605.47 lebih murah berbanding publicdinar yang dijual pada harga RM641. Untuk harga terkini sila ke www.nubex.com.my.
Spesifikasi:
Type: Gold Coin (dinar)
Refinery: Local Mint
Weight: 4.25 gram
Purity: 917 (22K) Gold
Cert: No (tidak dibekalkan sijil sepertimana publicdinar, bertujuan mengurangkan kos)
Casing: Round Plastic Cover (cover yang lebih baik mutunya daripada publicdinar)
Sila SMS 019.330.4489 (Ameen) atau email ameen.1dinaremas(at)gmail.com untuk sebarang pertanyaan harga. Urusan jualbeli secara cash on delivery. Boleh buat janji temu di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam. TAWARAN dan STOK TERHAD!! InsyaAllah ada diskaun berbanding harga di nubex.
"1 Keluarga, 1 Dinar"
Selasa, 19 Oktober 2010
Isnin, 18 Oktober 2010
1 Keluarga 1 Dinar
Assalamu'alaikum dan salam keemasan...;)
Adakah anda telah memulakan simpanan emas keluarga anda? Saya sendiri telah memulakan simpanan emas pada tahun 2008 dengan membeli 1 Dinar publicdinar daripada seorang agen di Shah Alam. Pada waktu itu, pilihan tidaklah sebanyak sekarang, yang hanya saya tahu Dinar Kelantan dan Public Dinar. Untuk mendapatkan Dinar Kelantan bagi yang menetap di Lembah Klang amatlah susah kerana bekalan yang sentiasa tidak mencukupi. Alhamdulillah Public Dinar muncul, dan agen-agennya yang berada di merata semenanjung telah banyak memudahkan pembelian emas. Opss disclaimer, saya bukanlah agen Public Dinar mahu pun Public Gold. Niat di hati teringin juga, tapi duit masih tidak mencukupi. Saya hanya penyimpan emas dan dinar. Saya melakukan pembelian secara berkala, berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit.
Sewaktu mula-mula berjinak-jinak dengan dinar emas, harga yang menaik banyak mempengaruhi corak pembelian saya. Bila melihat graf emas menaik, maka datanglah keinginan untuk menambah stok emas dan dinar. Ada yang mencadangkan supaya belian dilakukan apabila harga rendah, dan jualan dilakukan apabila harga tinggi. Kelihatan logik bukan? Tetapi masalahnya bagaimana saya hendak tahu bila harga tinggi dan bila harga rendah. Apa penanda aras yang hendak digunakan? Yang saya perhatikan harga terus naik dari hari ke hari sehingga timbul rasa sesal tidak membeli kerana harga telah tinggi. Esok harga naik lagi, lusa lagi tinggi!! Apabila harga jatuh, rasa menyesal tidak jual pula timbul?
Akhirnya saya sedar bahawa, semuanya bergantung kepada objektif kita membeli dinar dan emas. Jika tujuan untuk tabungan atau simpanan, maka perlulah dengan gaya seorang penabung dan penyimpan, beli sedikit demi sedikit. Tak perlu hiraukan sangat harga emas naik atau turun. Yang penting stok terus bertambah. Jika bulan ini beli pada harga rendah, bulan depan mungkin tinggi sikit. Kos pembelian dipuratakan. Contoh, bulan pertama, 1 dinar = RM570, bulan kedua RM590. Purata kos RM580. Jika dibuatnya harga bulan berikutnya naik mendadak RM630. Kita telah mempunyai 2 keping 1 Dinar pada nilai RM630 sekeping pada harga kos RM580. Jika harga jatuh pula, katakan RM530, dan kita beli 2 keping lagi. Maka kos purata telah menjadi RM555 sekeping @ RM2200 bagi 4 keping 1 dinar. Jadi apabila harga naik semula menjadi RM630 sekeping, nilai simpanan akan naik menjadi RM2460.
Bagaimana pula sekiranya saya memerlukan wang? Caranya dengan menjual simpanan 1 dinar. Saya boleh jual semula pada agen atau siapa sahaja pembeli yang berminat. jika saya jual pada agen saya akan dikenakan spread dalam 5-6 % iaitu harga "We Buy". Jika saya jual pada kawan-kawan atau bukan agen, saya bebas menjual pada harga willing buyer willing seller atau harga yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
1 dinar pertama saya dibeli pada harga RM460 dan saya jual pada harga RM575 setahun selepas itu. Saya jual pada kawan ofis... Untung berapa dah tuh..? Waktu tuh perlu duit sebab nak rasa beli goldbar pulak ;). Saya beli publicgold 20gm 999 yang pertama selepas setahun memiliki 1 dinar.
Selain jual, anda juga boleh menggunakan pajak gadai Islam iaitu Ar-Rahnu. 1 Dinar kita dipajakkan bagi mendapatkan 50-70% pinjaman Qardhul Hasan (pinjaman tanpa faedah) daripaada nilai semasa 1 Dinar tersebut. Contohnya, sekiranya harga semasa adalah RM151/gm. Nilai yang diberi kepada 1dinar adalah RM151 x 4.25 = RM641.75. Jika 50% pinjaman maka kita akan mendapat RM320±. Kita juga perlu membayar upah simpan 1 Dinar yang dipajakkan di kedai Ar-Rahnu sehingga akhir tempoh pajakan iaitu bila kita membayar semula pinjaman yang diberi. Dengan menggunakan Ar-Rahnu, emas atau dinar tadi akan terus menjadi milik kita, dan di masa yang sama dapat di"cairkan" untuk mendapatkan wang bila perlu.
Jadi bila lagi anda mahu memulakan simpanan dinar dan emas? Memegang 1 Dinar pertama saya adalah pengalaman yang sangat mengujakan.. Lain daripada memegang duit kertas!! Anda perlu merasainya sendiri.
Ok sehingga berjumpa lagi. Mulakan langkah pertama anda dengan slogan "1 Keluarga, 1 Dinar"!!
Adakah anda telah memulakan simpanan emas keluarga anda? Saya sendiri telah memulakan simpanan emas pada tahun 2008 dengan membeli 1 Dinar publicdinar daripada seorang agen di Shah Alam. Pada waktu itu, pilihan tidaklah sebanyak sekarang, yang hanya saya tahu Dinar Kelantan dan Public Dinar. Untuk mendapatkan Dinar Kelantan bagi yang menetap di Lembah Klang amatlah susah kerana bekalan yang sentiasa tidak mencukupi. Alhamdulillah Public Dinar muncul, dan agen-agennya yang berada di merata semenanjung telah banyak memudahkan pembelian emas. Opss disclaimer, saya bukanlah agen Public Dinar mahu pun Public Gold. Niat di hati teringin juga, tapi duit masih tidak mencukupi. Saya hanya penyimpan emas dan dinar. Saya melakukan pembelian secara berkala, berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit.
Akhirnya saya sedar bahawa, semuanya bergantung kepada objektif kita membeli dinar dan emas. Jika tujuan untuk tabungan atau simpanan, maka perlulah dengan gaya seorang penabung dan penyimpan, beli sedikit demi sedikit. Tak perlu hiraukan sangat harga emas naik atau turun. Yang penting stok terus bertambah. Jika bulan ini beli pada harga rendah, bulan depan mungkin tinggi sikit. Kos pembelian dipuratakan. Contoh, bulan pertama, 1 dinar = RM570, bulan kedua RM590. Purata kos RM580. Jika dibuatnya harga bulan berikutnya naik mendadak RM630. Kita telah mempunyai 2 keping 1 Dinar pada nilai RM630 sekeping pada harga kos RM580. Jika harga jatuh pula, katakan RM530, dan kita beli 2 keping lagi. Maka kos purata telah menjadi RM555 sekeping @ RM2200 bagi 4 keping 1 dinar. Jadi apabila harga naik semula menjadi RM630 sekeping, nilai simpanan akan naik menjadi RM2460.
Bagaimana pula sekiranya saya memerlukan wang? Caranya dengan menjual simpanan 1 dinar. Saya boleh jual semula pada agen atau siapa sahaja pembeli yang berminat. jika saya jual pada agen saya akan dikenakan spread dalam 5-6 % iaitu harga "We Buy". Jika saya jual pada kawan-kawan atau bukan agen, saya bebas menjual pada harga willing buyer willing seller atau harga yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
1 dinar pertama saya dibeli pada harga RM460 dan saya jual pada harga RM575 setahun selepas itu. Saya jual pada kawan ofis... Untung berapa dah tuh..? Waktu tuh perlu duit sebab nak rasa beli goldbar pulak ;). Saya beli publicgold 20gm 999 yang pertama selepas setahun memiliki 1 dinar.
Selain jual, anda juga boleh menggunakan pajak gadai Islam iaitu Ar-Rahnu. 1 Dinar kita dipajakkan bagi mendapatkan 50-70% pinjaman Qardhul Hasan (pinjaman tanpa faedah) daripaada nilai semasa 1 Dinar tersebut. Contohnya, sekiranya harga semasa adalah RM151/gm. Nilai yang diberi kepada 1dinar adalah RM151 x 4.25 = RM641.75. Jika 50% pinjaman maka kita akan mendapat RM320±. Kita juga perlu membayar upah simpan 1 Dinar yang dipajakkan di kedai Ar-Rahnu sehingga akhir tempoh pajakan iaitu bila kita membayar semula pinjaman yang diberi. Dengan menggunakan Ar-Rahnu, emas atau dinar tadi akan terus menjadi milik kita, dan di masa yang sama dapat di"cairkan" untuk mendapatkan wang bila perlu.
Jadi bila lagi anda mahu memulakan simpanan dinar dan emas? Memegang 1 Dinar pertama saya adalah pengalaman yang sangat mengujakan.. Lain daripada memegang duit kertas!! Anda perlu merasainya sendiri.
Ok sehingga berjumpa lagi. Mulakan langkah pertama anda dengan slogan "1 Keluarga, 1 Dinar"!!
Label:
1 Dinar,
Dinar,
Dinar Muslim,
Emas,
PublicDinar,
PublicGold
Ahad, 17 Oktober 2010
Simpanan Emas Pertama - 1 Dinar
![]() |
| 1 dinar (public dinar) beserta sijil |
Simpanan emas saya bermula dengan 3 keping 1 Dinar PublicDinar pada Ogos 2008. Jika tidak salah, waktu itu 1 Dinar dalam RM460.
1 Dinar diperbuat daripada emas 916 atau 917 atau juga dikenali sebagai 22K seberat 4.25gm.
Pada ketika entri ini ditulis, harga di PublicDinar "We Sell" sudah mencecah RM639 dan Harga "We Buy" RM601. Harga "We Buy" adalah harga yang dirujuk untuk kita menjual semula 1 Dinar yang berada di dalam simpanan. Manakala harga "We Sell" adalah harga yang dirujuk untuk kita membeli 1 Dinar. Jualan atau belian juga boleh dilakukan secara harga "willing buyer willing seller".
Antara jenis-jenis 1 Dinar emas yang boleh didapati di Malaysia adalah:-
1. Dinar Kelantan | harga
2. Public Dinar
3. Dinar Muslim | ada dijual di nubex

| Public Dinar |
![]() |
| Dinar Muslim |
Langgan:
Catatan (Atom)